Sunday, December 27, 2009

Teks pidato saya Pembangunan Ekopelancongan di negara ini.

Yang di-hormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif panel hakim yang sentiasa berada di neraca keadilan, yang berusaha wakil guru bagi setiap sekolah, dif-dif jemputan serta rakan seperjuangan saya yang di kasihi sekalian. Selamat sejahtera serta salam 1 Malaysia. Tajuk pidato saya pada hari ini adalah "Pembangunan Ekopelancongan di negara ini"

Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya mengupas definisi tajuk hari ini terlebih dahulu. Pembangunan bererti usaha untuk membangunkan sesuatu. Ekopelancongan membawa maksud bentuk pelancongan yang berhubungkait dengan alam sekitar manakala negara ini merujuk kepada Malaysia. Secara umumnya, yang berkaitan dengan alam sekitar di Malaysia.

Hadirin yang dihormati,
Kebanyakan pulau di negara ini mampu menjadi daya tarikan pelancong. Hingga kin, terdapat lebih 100 pulau di Malaysiayang terpentimg dalam industri ini, antaranya Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Besar dan Pulau Redang. Bagi menarik minat pelancong pihak kerajaan haruslah membina infrastruktur asas di tempat-tempat tersebut. Jalan Raya, bekalan elektrik dan kemudahan tempat tinggal perlu disediakan untuk kemudahan pelancong. Namun begitu, usaha tersebut perlu dirancang dengan teliti agar pembinaan tidak memudaratkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Selain itu, pengusaha rumah tumpangan harus juga diingatkan bahawa kadar sewa tempat tinggal hendaklah berpatutan. Selanjutnya taraf hidup penduduk di kawasan tumpuan pelancong hendaklah ditingkatkan. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan harus menawarkan pinjaman dan khitmat nasihat untuk menggalakan mereka terlibat dalam proses pelancongan. Hal ini berpunca daripada aktiviti penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup yang konservatif. Lagipun, penduduk yang berada dalam kedaifan, lazimnya tidak akan mempedulikan soal pemuliharaan alam sekitar.

Pendidikan kepada penduduk setempat dan juga kepada pelawat tidak harus dipandang randah ringan. Tujuanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Pendidikan kepada para pelawat pula adalah penting untuk membiasakan mereka dengan budaya dan adat resam setempat. Langkah ini penting untuk memastikan bahawa tindakan pelancong asing dapat diterima oleh masyarakat di tempat yang dilawati oleh mereka.

Hadirin yang dihormati,
Orang ramai tidak seharusnya beranggapan bahawa pelancongan sebagai industri yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, usaha membangunkan sesebuah destinasi yang sensatif dari segi ekologinya memerlukan pendekatan yang bijak. Hal ini memerlukan penglibatan banyak pihak agar faedahnya turut dinikmati oleh penduduk setempat selain menyaji kepuasan pelancong.

Sekian sahaja pidato saya pada kali ini. Sekiaranya saya terkasar bahasa, saya memohon maaf. Akhir kata "budi bahasa budaya kita". Terima Kasih.